Image Banner

MAJLIS SANJUNG BUDI LAMBAIAN KASIH CIKGU SITI SOFIAH

PASTI Kawasan Sandakan telah mengadakan Majlis Sanjung Budi Lambaian Kasih sempena persaraan Cikgu Siti Sofiah Rafiei yang telah berkhidmat di PASTI Sandakan selama 35 tahun.

Semoga memori berkhidmat di PASTI Sandakan menjadi kenangan yang terindah sepanjang hidup beliau.

Selamat bersara Cikgu Siti, segala jasa dan bakti mu sentiasa terpahat kukuh dalam lipatan sejarah PASTI Sandakan.

LAGI

ANUGERAH TOKOH MURID 2023 - DIAN KHALISHAH BINTI ABU YAZID

Anugerah Tokoh Murid 2023 telah dianugerahkan kepada adik Dian Khalishah binti Abu Yazid dari PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas,

Taman Po Hing pada Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Sandakan kali ke-33.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Sahar Abdul Majid,

Setiausaha Perhubungan PAS merangkap Ahli Majlis Perbandaran Sandakan di Dewan Libaran Batu 7 Sandakan.

LAGI

WAKAF TUNAI PEMBELIAN BANGUNAN PENTADBIRAN PASTI KAWASAN SANDAKAN

[ KEMPEN WAKAF TUNAI SERENDAH RM25 BAGI PEMBELIAN BANGUNAN PENTADBIRAN ]
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم.
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه
Sukacita dimaklumkan PASTI Sandakan membuka peluang wakaf tunai SERENDAH RM25 bagi merealisasikan cita-cita ummah dalam jihad pendidikan untuk PEMBELIAN BANGUNAN PENTADBIRAN PASTI SANDAKAN yang bernilai RM1.2 JUTA bertempat di Bandar Labuk Jaya, Sandakan, Sabah.
HARGA 1 LOT = RM25.
JUMLAH LOT = 48,000 LOT
 
Pembelian wakaf tunai ini boleh dibuat setiap bulan atau secara berkala atau sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
 
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. (Hadis Riwayat Muslim)
 
Tujuan pembelian Bangunan Pentadbiran PASTI :
Pusat pentadbiran yang mengendalikan 15 buah PASTI dengan lebih 1000 orang murid (dijangka meningkat setiap tahun).
Pusat aktiviti masyarakat (Kelas Fardu Ain, Kelas Membaca, Kelas Mengaji dll).
Pusat aktiviti guru (usrah, mesyuarat, liqa dll).
Serta lain-lain aktiviti berkaitan.
 
Justeru, pihak kami membuka peluang ini kepada seluruh umat Islam untuk sama-sama menambah pahala jariah.
Hubungi kami di talian di bawah untuk pembelian wakaf tunai :
Sdra Mustaman Mustain
wasap.my/60165505740/Wakaf+PASTI
Sdra Mohd Ramlan Pandi
wasap.my/0142805426/Wakaf+PASTI
Guru-guru PASTI di seluruh Sandakan.
Atau salurkan terus ke akaun di bawah dan maklumkan kepada Sdra Mustaman :
10016010061688
Bank Islam PASTI KAWASAN SANDAKAN.
Rujukan : Wakaf PASTI
Bantu juga kami dengan kongsikan mesej ini.
Terlebih dahulu pihak kami mendahulukan dengan ucapan dan doa yang mulia, jazakallahu khairan kathira.
Kami juga mendoakan agar Allah membalas kebaikan tuan / puan dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat. Amiiin.

LAGI

🌟PASTI KAWASAN SANDAKAN🌟

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan Pendidikan Pra Sekolah terbaik di Malaysia khusus untuk kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun. [No. Akaun BIMB PASTI KAWASAN SANDAKAN 100-160-100-616-88] [No. Telefon +6089673260]
PASTI Kawasan Sandakan teleh ditubuhkan pada 1 Januari 1989. Bermula dengan PASTI Saidina Abu bakar As-Siddiq di Batu 1 1/2, Sandakan, PASTI telah mengorak langkah sehingga tertubuhnya 15 buah PASTI yang ada pada hari ini.
PASTI dibina dan diuruskan dengan bergantung kepada yuran daripada murid. AJK yang terlibat menguruskan PASTI tidak dibayar gaji kecuali setiausaha kerja, kerani kewangan dan guru yang bertugas sepenuh masa untuk PASTI. PASTI juga mengharapkan sumbangan orang ramai untuk terus bernafas.
Sehubungan itu, sekiranya anda berminat untuk menyalurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian ke nombor akaun PASTI KAWASAN SANDAKAN 100-160-100-616-88 (Bank Islam Malaysia Berhad).
Sila hubungi +6089673260 untuk sebarang pertanyaan.

LAGI

🎬INFO MEDIA PASTI SANDAKAN🎬

Unit Media PASTI Sandakan telah menghasilkan satu video simulasi berkaitan prosedur yang perlu dipatuhi ketika berada di premis PASTI Sandakan.
Video ini dihasilkan sebagai penyertaan dalam Pertandingan Video Pendek anjuran Majlis Keselamatan Negara (Negeri Sabah)
Bantu kami like , komen dan sebar ya sahabat.
Salman Darwis
Ketua Unit Media PASTI Sandakan

 

MAKLUMAT PENUH DISINI

LAGI

🤗PENERANGAN RINGKAS🤗

Pernah tak dapat soalan dari orang ramai berkaitan PASTI?
Apa yang anak² belajar di PASTI?
Di PASTI ni ada ajar menulis, membaca dan mengira ?
Jom baca penerangan ringkas berkaitan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

LAGI

Image News
E-ALAM RIA PERINGKAT ZON SANDAKAN 2021
11-Oct-2021

Alhamdulillah E-Alam Ria peringkat zon Sandakan telah berlangsung dengan jayanya walaupun hanya dila .... Baca Lagi


Image News
Image News

Image Banner