:
SEJARAH DAN PENGENALAN PASTI KAWASAN SANDAKAN
Share:

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan merupakan sebuah entiti pendidikan pra sekolah Islam di bumi Sandakan yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.

Istimewanya PASTI kerana ia amat sinonim dengan roh Islam yang menerapkan nilai al-quran dan hadis dalam setiap kurikulum dan ko-kurikulumnya.

Lahirnya PASTI di bumi Sandakan ini adalah dengan izin Allah, cetusan idea dan komitmen pejuang-pejuang terdahulu yang cintakan Islam.

Jasa dan pengorbanan mereka amat bermakna kepada perkembangan sistem pendidikan Islam walaupun hanya pada peringkat awal pendidikan anak-anak.

Mereka telah menyemai benih-benih itu dan akhirnya tunas-tunas Islam tumbuh subur di bumi "Little Hong Kong" ini.

PASTI yang mula-mula sekali ditubuhkan di Sandakan ini ialah PASTI Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang terletak di Batu 1½ pada tahun 1989.

Guru PASTI yang pertama dan juga salah seorang pengasas PASTI di Sandakan ialah Puan Siti Sofiah Rafiei dan sehingga kini beliau masih setia menabur bakti sebagai seorang guru di PASTI yang sama sejak lebih 30 tahun yang lalu.

Jasa dan pengorbanannya bahkan seluruh guru PASTI yang setia adalah amat besar khususnya kepada pendidikan Islam di Sandakan dan kepada Islam amnya.

Tahun silih berganti, pihak pengurusan PASTI Sandakan terus berusaha untuk memajukan pra-sekolah Islam ini.

Walaupun jarak masa yang agak panjang iaitu 10 tahun, cita-cita untuk melihat tertubuhnya PASTI yang kedua akhirnya tercapai.

Maka pada tahun 1999 muncullah PASTI Saidina Umar Al-Khattab yang terletak di Taman Indah Jaya.

Tahun demi tahun berlalu, berkat kesungguhan, keikhlasan dan pengorbanan pencinta-pencinta Islam, akhirnya hari ini sudah terdapat 15 buah PASTI di Sandakan.

Berikut nama-nama PASTI dan tahun penubuhannya: 

1) PASTI Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Batu 1 ½ berpindah ke Taman Grandview) - 1989

2) PASTI Saidina Umar Al-Khattab (Taman Indah Jaya) - 1999

3) PASTI Saidina Uthman Bin Affan (Pangsapuri Taman Mawar berpindah ke rumah teres Taman Mawar) - 2000

4) PASTI Saidina Ali Bin Abi Talib (Flat Sim-sim) - 2002

5) PASTI Solahuddin Al-Ayubi (Flat Tmn Sejati berpindah ke Taman Jati) - 2003

6) PASTI Saidina Hamzah (Taman Damai) - 2008

7) PASTI Khalid Al-Walid (Kg Tinosa 2) - 2008

8) PASTI Zaid Bin Harithah (Kg Lupak Meluas berpindah ke Taman Aiport dan seterusnya ke Taman Khaya) - 2009

9) PASTI Bilal Bin Rabbah (Flat MPS Karamunting) - 2009

10) PASTI Abdul Rahman Bin Auf (Taman Kenari berpindah ke Taman Rajawali) - 2009

11) PASTI Sa'ad Bin Abi Waqqas (Taman Po Hing) - 2010

12) PASTI 'Ammar Bin Yasir (Kg Gum Gum) - 2014

13) PASTI Zubair Al-Awwam (Kg Kenangan Manis berpindah ke Pekan Muhibbah) - 2015

14) PASTI Ubay Bin Ka'ab (Taman Permata) - 2018

15) PASTI Abu 'Ubaidah Al-Jarrah (Kg Batu Putih) - 2019

Disamping memiliki sebuah rumah sewa (yang merupakan bekas premis PASTI), PASTI juga telah membeli empat buah premis daripada 15 buah PASTI di atas.

Kini, PASTI sedang berusaha membeli sebuah bangunan pentadbiran bernilai RM1.6 juta yang terletak di Bandar Labuk Jaya, Batu 7, Sandakan.

Berikut pula merupakan senarai nama pengerusi-pengerusi PASTI Kawasan Sandakan sejak kewujudannya pada tahun 1989;

1) Ust Hasbullah Awang (mantan Pengetua SMK Agama Sandakan) - 1989 hingga 1990.

2) Ust Azhar Yusof (mantan guru SM St Cecilia) - 1990 hingga 1991.

3) Ust Sobri Muslim (mantan guru SM Sung Siew) 1991 hingga 1994.

4) Ust Ridhuan Sa'arani (mantan guru SK Kem Tentera) 1994 hingga 1998.

5) Sdra Yusri Ambang (Usahawan) - 1998 hingga 2000.

6) Sdra Nasruddin Lahapin (Usahawan) - 2000 hingga 2005.

7) Sdra Abdul Wahid Mohd Rafi (mantan guru SMK Libaran) - 2005 hingga 2007.

8) Sdra Usman Madeaming (mantan Pegawai TM Berhad) - 2007.

9) Sdra Ishar Hamka Ismail (Jurutera JAN Sabah) - 2007 hingga 2010.

10) Sdra Shamsul Rizal Zulfatmi (Guru SMK Gum Gum) - 2010 hingga 2018.

11) Sdr Herianto Ladati (Guru SK Sungai Anib 3) - 2018 hingga sekarang.

Semoga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan demi kesinambungan perkembangan sistem pendidikan berteraskan Islam ini.

Buat makluman juga, PASTI sehingga kini telah dibina dan diuruskan dengan bergantung kepada yuran daripada murid disamping infak serta derma daripada orang ramai.

Sehubungan itu, sekiranya anda berminat untuk menyalurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian ke nombor akaun PASTI KAWASAN SANDAKAN 100-160-100-616-88 (Bank Islam Malaysia Berhad). 

Catatan :

Ust Muhyiddin Mat Yassin,

Mustaman Bin Mustain

Kemaskini : 14 Januari 2021